|
Hai Welcome Here
![]() " Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Ada beza }
Thursday, February 26, 2015 | 9:32 AM | 0Comment Meski setinggi langit pun kau terbang, Tak bermakna kau boleh katakan yang bawah itu kotor dan hina. Meski sejauh mana pun langkah yang kau atur, Tak bermakna kau boleh katakan yang dibelakang itu lembab dan tercicir. Meski sebahagia mana pon jalan cerita kau, Tak bermakna kau boleh katakan yang tidak sepertimu itu menderita. Meski seteguh mana pun hati dan jiwa kau, Tak bermakna kau boleh katakan yang lembut itu lemah dan meminta simpati . Meski sekerap mana pun kau betul tak bermakna kau boleh katakan yang salah itu bodoh . Sebab, kau hanya tahu jalan hidup kau . Bukan orang lain . Just a self reminder . Aman tanpa perang . MyBrainSc Scholarship }
Saturday, February 21, 2015 | 10:15 AM | 2Comment
Assalamualaikum .
yo 'ssup ? *acah acah hipsturr* haha
ok serius .
sebenarnya aku nak share pasal biasiswa MyBrainSc kali ni sebab ada yang tanya aku macam-macam pasal biasiswa ni . jadi sebagai seorang yang pernah terlibat dengan biasiswa ni, maka aku terpanggil untuk nak share serba sedikit yang aku tau untuk memudahkan hadek-hadek yang nak apply biasiswa ni nanti . ehh japp, bukan hadek-hadek je tau hakak-hakak dan abams-abams pon boleh apply sebab MyBrainSc ada jugak untuk Master dan PhD :) tapi den share pasal MyBrainSc untuk degree je sobab den tak sampai PhD laie .
ok dah, muqaddimah tak payah pepanjang . isi-isi yang akan panjang, so keep reading okay ?
APPLICATION
so, up to this point, aku rasa anda yang apply biasiswa ni mesti dah settle isi semua borang regarding application kan kann ? kalau tak buat lagi, pegi sini dan pandai-pandai lah godek web page tu untuk buat application . kata MyBrainSC-scholarship-holder-wannabe kenalah pandai explore sendiri . ye dakk ? haha . make sure semua dokumen lengkap .
untuk student asasi dan matrik, anda boleh guna result semester 1 untuk apply sebab tarikh tutup biasiswa ni sebelum dapat result semester 2 . pastu nanti boleh update kepada pihak KPT result semester 2 bila dah dapat nanti . result mestilah 3.6 dan ke atas .
IQ TEST
selepas pihak KPT dah go through anda punya application and if you're qualified, you'll be called to sit for an IQ test . time aku dulu, aku kena pegi Sekolah Menengah Sultanah Asma untuk test ni . IQ test ni sebenarnya test dari pusat permata pintar di UKM . pernahkan buat kat sekolah dulu ? IQ test ni dia uji skill kita on arranging shape, memorizing numbers, describing word so on and so forth and of course ada fixed time . masa aku dulu dua jam setengah . lama kann ? tapi tu la, soalannya banyakkkkk .
ce usha sini untuk tips IQ test . lebih kurang gitu la soalannya . senang je kan ? sebenarnya tak payah prepare apa pon . cuma, dapatkan tidur yang cukup malam sebelum ke IQ test tu sebab IQ test ni memerlukan fokus dan anda kena pandang screen PC tu bebetul selama dua jam setengah . kalau badan dan otak tak dapat cukup rehat, mungkin mencabar la sikit . so, havva good rest and enough sleep okay ? :)
next,
INTERVIEW
setelah berjaya melepasi saringan pertama IQ test tu, maka anda layak untuk ke peringkat seterusnya which is the interview :) . okay, part interview ni macam biasalah perlukan persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi . jangan jadi macam aku . pegi interview sorang-sorang pastu cari jalan tak jumpa pastu menangis . haha . macam budak hilang mak . padahal nak pegi interview . haha .
interview ni dalam dwibahasa, BM dan BI . kalau aku, aku ikut interviewer tu end up dia punya soalan dengan bahasa apa . maksud aku, kadang-kadang ada soalan interviewer tu dia tanya soalan guna bahasa campur . so, ikut la, kalau dia end up soalan dia dengan bm, aku jawab bm, kalau bi so bi lahh . dan kalau dah soalan tu dia tanya dalam fully bm or bi, maka jawab lah ikut bahasa dia tanya tu .
masuk dalam bilik interview tu dua orang sekali . dan interviewer pon ada dua orang . interviewer tu mostly lecturer-lecturer yang ada pangkat Dr. atau Prof. atau orang-orang yang terlibat dengan bidang yang anda apply tu . biology adalah bidang yang paling ramai student apply masa aku interview tu . interview tu lebih kurang 20 minit saja .
antara soalan interviewer yang aku ingat :
1. "datang interview ni dengan siapa ?"
2. "ada lesen ke ?" "pernah drive sampai mana paling jauh ?"
3. "semalam tidur pukul berapa ?" "tengok perlawanan badminton ?"
4. "...Lee Chong Wei dikalahkan oleh Lin Dan semalam, so whats your opinion regarding the match ?"
5. "awak minat politik tak ?" "siapa yang menggantikan kerusi Karpal Singh selepas kematian beliau ?" "Karpal Singh mewakili kerusi kawasan mana ?"
6. "having LIMA in Langkawi, it is a worth investment or not and why ?"
7. "whats is your best achievement during your school days ?"
8. "kenapa apply pure sains ?" "kenapa tak minat jadi doktor ?"
lebih kurang macam tu je soalan interviewnya . senang dan santai je kan ? . tapi jangan buat ringan sangat . make sure update yourself with the current issues dan listkan sesiap anda punya achievements and strengths supaya senang nak 'angkat bakul' masa interview nanti . be confident, sorok nervous dan senyum sentiasa . senyum tu penting okay :) oh lagi satu, jangan lupa pakai nametag . senang interviewer tu nak panggil nama . pastu kalau nak lagi smart, sarung sekali blazer . baru ada gaya pelajar cemerlang gitu . haha . tapi aku sendiri tak pakai nametag dan blazer . tertinggal .
okay, done for the interview .
and here comes the result ....
RESULT
setelah berusaha apply, buat IQ test, interview, doa, tawakkal dengan bersungguh-sungguh, maka permohonan anda diisytiharkan BERJAYA :D yeayyy *bunga api* . so bila dah berjaya kena buat apa ?
okay macam ni, apabila permohonan anda dah berjaya, hantar surat tawaran universiti anda kepada pihak KPT . result biasiswa MyBrainSc ni keluar lepas keputusan UPU . so masa tu kita dah dapat tempat di mana-mana universiti yang kita apply dalam UPU tu . fyi, sebenarnya MyBrainSc ni tak kesah pon universiti apa yang kita apply either IPTA or IPTS and even overseas pon as long as universiti kita tu ada dalam list yang MyBrainSc sediakan kat web page dia . yes, even overseas ! aku tau ramai yang nak pegi overseas kan kann ? kat sini ada tips untuk apply ke overseas . jemput lahh .
setelah surat tawaran universiti dihantar kepada pihak KPT, maka anda akan diberikan surat tawaran lengkap daripada pihak MyBrainSc yang menyatakan bahawa anda adalah pemegang biasiswa MyBrainSc !!! yeayyyy *bunga api lagi* . so lepas tu settlekan dokumen-dokumen yang pihak KPT minta macam dokumen perjanjian etc dan tunggu je la duit elaun masukkk . settle !
yeayyy, happy ending :D
setakat ni je la aku boleh share, kalau ada nak tanya apa-apa, boleh email aku nurzawinnajah@gmail.com . in sha Allah aku reply .
MyBrainSc Scholarship : Study Abroad}
| 10:14 AM | 0Comment
Assalamualaikum
Hai !
mesti nak tau macam mana nak apply ke overseas kann ? hehe . kat bawah ni aku tulis balik email yang pihak MyBrainSc hantar kat aku .
Syarat penajaan ke luar negara oleh MyBrainSc hanya sekadar mengemukakan surat tawaran universiti seperti yang tersenarai dalam portal MyBrainSc .
satu tuuuu je syarat untuk ditaja ke luar negara . senangkan ?
Jadi, apa yang anda perlu buat ialah, sementara tunggu result MyBrainSc keluar, anda rajin-rajin la usha universiti luar negara yang anda rasa nak pegi tu either UK, US, Canada, New Zealand, Australia etc as long as nama universiti tu ada dalam list KPT . bila dah usha, then apply . bagi aku kalau nak senang, apply through IDP education . IDP ni macam agen to study abroad . so senang la sebab dia ada sekali dengan IELTS and anything related to studying abroad stuffs .
walaupun result MyBrainSc tak dapat lagi, tak payah pikir banyak, just apply . apply je sebanyak mungkin universiti yang anda rasa nak apply and make sure to fulfill all their requirements . dan aku ada satu berita gembira untuk student matrikulasi . matrikulasi punya silibus diiktiraf oleh universiti luar negara which is mereka recognise matrikulasi dan senang la nak apply mana-mana overseas universiti pon . kalau student asasi, anda ada limitation sikit sebab, universiti luar negara tak recognise silibus asasi dan menjadi satu kelecehan apabila anda kena sediakan formal silibus asasi anda semua subjek, dari A sampai Z . tapi dont worry tak semua universiti nak silibus anda tu, ada ja universiti yang tak mintak pon silibus tu . jadi, pandai-pandai la pilih ye .
faham kan ?? kalau tak faham, ulang baca 3 kali . in sha Allah faham . haha .
bila dah apply, tunggu je la result dari universiti yang anda apply tu . dan kalau berjaya dapat universiti yang anda nak tu dan berjaya dapat biasiswa MyBrainSc, cepat-cepat la hantar surat tawaran universiti anda tu kepada pihak KPT sebab kuota untuk tajaan ke overseas ni limited around 50 tempat je . so act fast ! dah settle buat semua ni, in sha Allah, tercapai la impian anda untuk study abroad :) sebab tu la aku pesan apply siap-siap sebelum keluar result MyBrainSc . advantagenya kat sini lahh . apply awal, settle requirements universiti awal eg IELTS, hantar tawaran ke KPT awal, dan dapatlah tempat awal . senang . kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian . memang la leceh tapi kalau dapat worth it la kann ?
tapi, kalau ada yang still nak jugak tunggu keluar result MyBrainSc dulu baru nak apply universiti overseas, anda ada pilihan jugak either study New Zealand or Australia . sebab intake universiti di dua negara ni bulan february or early march so still ada masa . yang aku suruh buat awal tu mungkin anda nak ke UK, US etc yang intakenya bulan September dan takut kuota tajaan ke luar negara penuh . kang melepassss . tapi above all, buat je la cepat-cepat tak payah lengah . biar cepat asal dapat . tak gitu ? hahaha .
tu je la aku nak share, harapnya anda semua faham apa yang aku cuba sampaikan .
All the best and good luck .
nanti bila dah sampai overseas jangan lupa aku . haha *tetiba*
Turning 20 is awesome }
Sunday, February 1, 2015 | 12:03 AM | 1Comment Assalamualaikum . Hai :)
30 January 2015 | Jumaat
20 tahun dah aku . haha . rasa macam tak percaya dah 20 tahun . aku happy sebenarnya dah cecah 20 tahun ni . serius . haha . nak kata tua pon tak kesah laa . sebab kita tak tau pon kita sempat tua ka dak nanti . at least, ingat tua boleh ingat pasal mati . bila ingat mati, baru lah hidup ni beringat-ingat . kann ? :)
tapikan dalam banyak-banyak wish, wish mama buat aku rasa nak menangis . rasa nak letak ja phone sebab aku tak suka mama tau aku menangis . tapi logik laa, anak perempuan sulung dia ni dah masuk 20 tahun dah . maka panjang dan banyak lah sikit pesanan dan harapan mama .
In sha Allah ma, dengan izin Allah akak usaha penuhkan semua . peace :)
Terima kasih semua yang mendoakan aku murah rezeki, bahagia dan berjaya dunia akhirat, jadi anak solehah, diberkati Allah, makin comel, sihat selalu dan segala doa yang baik-baik, aku harap dengan keberkatan penghulu segala hari dan sifat Allah Maha Memperkenan dan Maha Memberi, doa-doa tu akan dimakbulkan untuk aku dan juga kalian semua . Ameen :)
## dan ucapan khas lagi special untuk housemates aku yang buat rancangan kejam nak curi dan sorok lotion aku yang tinggal sebotol ja untuk sem ni, aku bersyukur sangat ampa tukar plan dan tak jadi buat macam tu . kalau tidak tak tau lah apa jadi kat aku . sebotol tu ja la aku nak bawak study, tidoq, pi kelas semua . terima kasih kerana 'prihatin' . haha .
okay, cukup pasal birthday .
Emm, next week dah nak final exam untuk first year degree . semua subjek adalah subjek baru bagi aku . dah tu study week pulak tak ada . risau jugak sebenarnya . tapi dalam dok risau tu pon semalam lepas isyak dah tidoq . haha . doakan aku dan kawan-kawan yang lain okay . jumpa lagi . baiiii :)
with love,
cute twenty ;P
hahaha .
|




