" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





MyBrainSc Scholarship }
Saturday, February 21, 2015 | 10:15 AM | 2Comment

Assalamualaikum .

yo 'ssup ? *acah acah hipsturr* haha

ok serius .

sebenarnya aku nak share pasal biasiswa MyBrainSc kali ni sebab ada yang tanya aku macam-macam pasal biasiswa ni . jadi sebagai seorang yang pernah terlibat dengan biasiswa ni, maka aku terpanggil untuk nak share serba sedikit yang aku tau untuk memudahkan hadek-hadek yang nak apply biasiswa ni nanti . ehh japp, bukan hadek-hadek je tau hakak-hakak dan abams-abams pon boleh apply sebab MyBrainSc ada jugak untuk Master dan PhD :) tapi den share pasal MyBrainSc untuk degree je sobab den tak sampai PhD laie . 

ok dah, muqaddimah tak payah pepanjang . isi-isi yang akan panjang, so keep reading okay ? 

APPLICATION
so, up to this point, aku rasa anda yang apply biasiswa ni mesti dah settle isi semua borang regarding application kan kann ? kalau tak buat lagi, pegi sini dan pandai-pandai lah godek web page tu untuk buat application . kata MyBrainSC-scholarship-holder-wannabe kenalah pandai explore sendiri . ye dakk ? haha . make sure semua dokumen lengkap .

untuk student asasi dan matrik, anda boleh guna result semester 1 untuk apply sebab tarikh tutup biasiswa ni sebelum dapat result semester 2 . pastu nanti boleh update kepada pihak KPT result semester 2 bila dah dapat nanti . result mestilah 3.6 dan ke atas .

IQ TEST
selepas pihak KPT dah go through anda punya application and if you're qualified, you'll be called to sit for an IQ test . time aku dulu, aku kena pegi Sekolah Menengah Sultanah Asma untuk test ni . IQ test ni sebenarnya test dari pusat permata pintar di UKM . pernahkan buat kat sekolah dulu ? IQ test ni dia uji skill kita on arranging shape, memorizing numbers, describing word so on and so forth and of course ada fixed time . masa aku dulu dua jam setengah . lama kann ? tapi tu la, soalannya banyakkkkk . 

ce usha sini untuk tips IQ test . lebih kurang gitu la soalannya . senang je kan ? sebenarnya tak payah prepare apa pon . cuma, dapatkan tidur yang cukup malam sebelum ke IQ test tu sebab IQ test ni memerlukan fokus dan anda kena pandang screen PC tu bebetul selama dua jam setengah . kalau badan dan otak tak dapat cukup rehat, mungkin mencabar la sikit . so, havva good rest and enough sleep okay ? :)

next,

INTERVIEW
setelah berjaya melepasi saringan pertama IQ test tu, maka anda layak untuk ke peringkat seterusnya which is the interview :) . okay, part interview ni macam biasalah perlukan persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi . jangan jadi macam aku . pegi interview sorang-sorang pastu cari jalan tak jumpa pastu menangis . haha . macam budak hilang mak . padahal nak pegi interview . haha . 

interview ni dalam dwibahasa, BM dan BI . kalau aku, aku ikut interviewer tu end up dia punya soalan dengan bahasa apa . maksud aku, kadang-kadang ada soalan interviewer tu dia tanya soalan guna bahasa campur . so, ikut la, kalau dia end up soalan dia dengan bm, aku jawab bm, kalau bi so bi lahh . dan kalau dah soalan tu dia tanya dalam fully bm or bi, maka jawab lah ikut bahasa dia tanya tu . 

masuk dalam bilik interview tu dua orang sekali . dan interviewer pon ada dua orang . interviewer tu mostly lecturer-lecturer yang ada pangkat Dr. atau Prof. atau orang-orang yang terlibat dengan bidang yang anda apply tu . biology adalah bidang yang paling ramai student apply masa aku interview tu . interview tu lebih kurang 20 minit saja .

antara soalan interviewer yang aku ingat :

1. "datang interview ni dengan siapa ?"
2. "ada lesen ke ?" "pernah drive sampai mana paling jauh ?"
3. "semalam tidur pukul berapa ?" "tengok perlawanan badminton ?"
4. "...Lee Chong Wei dikalahkan oleh Lin Dan semalam, so whats your opinion regarding the match ?"
5. "awak minat politik tak ?" "siapa yang menggantikan kerusi Karpal Singh selepas kematian beliau ?" "Karpal Singh mewakili kerusi kawasan mana ?"
6. "having LIMA in Langkawi, it is a worth investment or not and why ?"
7. "whats is your best achievement during your school days ?" 
8. "kenapa apply pure sains ?" "kenapa tak minat jadi doktor ?"

lebih kurang macam tu je soalan interviewnya . senang dan santai je kan ? . tapi jangan buat ringan sangat . make sure update yourself with the current issues dan listkan sesiap anda punya achievements and strengths supaya senang nak 'angkat bakul' masa interview nanti . be confident, sorok nervous dan senyum sentiasa . senyum tu penting okay :) oh lagi satu, jangan lupa pakai nametag . senang interviewer tu nak panggil nama . pastu kalau nak lagi smart, sarung sekali blazer . baru ada gaya pelajar cemerlang gitu . haha . tapi aku sendiri tak pakai nametag dan blazer . tertinggal . 

okay, done for the interview .
and here comes the result ....

RESULT
setelah berusaha apply, buat IQ test, interview, doa, tawakkal dengan bersungguh-sungguh, maka permohonan anda diisytiharkan BERJAYA :D yeayyy *bunga api* . so bila dah berjaya kena buat apa ?

okay macam ni, apabila permohonan anda dah berjaya, hantar surat tawaran universiti anda kepada pihak KPT . result biasiswa MyBrainSc ni keluar lepas keputusan UPU . so masa tu kita dah dapat tempat di mana-mana universiti yang kita apply dalam UPU tu . fyi, sebenarnya MyBrainSc ni tak kesah pon universiti apa yang kita apply either IPTA or IPTS and even overseas pon as long as universiti kita tu ada dalam list yang MyBrainSc sediakan kat web page dia . yes, even overseas ! aku tau ramai yang nak pegi overseas kan kann ? kat sini ada tips untuk apply ke overseas . jemput lahh .

setelah surat tawaran universiti dihantar kepada pihak KPT, maka anda akan diberikan surat tawaran lengkap daripada pihak MyBrainSc yang menyatakan bahawa anda adalah pemegang biasiswa MyBrainSc !!! yeayyyy *bunga api lagi* . so lepas tu settlekan dokumen-dokumen yang pihak KPT minta macam dokumen perjanjian etc dan tunggu je la duit elaun masukkk . settle !

yeayyy, happy ending :D


setakat ni je la aku boleh share, kalau ada nak tanya apa-apa, boleh email aku nurzawinnajah@gmail.com . in sha Allah aku reply .