" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





nak tahu dan nak belajar}
Thursday, January 15, 2015 | 7:06 AM | 0Comment


Dan setelah itu barulah aku faham bahawa antara
Nak tahu dan nak belajar itu
BERBEZA .

Senang faham macam ni lah . Pasal isu kpop tu . Viral di internet . ramai yang kesah, ramai yang nak tahu kes apa sebenarnya .

Sebab apa ramai yang nak tahu ? Sebab ramai orang amek tahu .

Sebab apa ramai orang amek tahu ? Sebab barulah dikatakan up-to-date . Tahu isu semasa . Kannn ??

Tapi bila dah tahu, dah amek port, dah berbakul-bakul kutuk, cakap itu ini, bila isu dah jadi suam suam kuku . Kita pon lupa dah pasal kes tu . Macam tak pernah jadi .

Sebab apa kita lupa macam tu ja ? Sebab kita tak BELAJAR daripada apa yang berlaku .

Kita cakap bila orang cakap, kita diam bila orang diam . Input zero . Macam mana tu ??

Sepatutnya kita belajar dari apa yang berlaku . Kalau dilihat balik, dah cukup banyak ujian, dugaan dan hint-hint yang Allah hantar untuk sedarkan kita . Betapa kita dah jauh dari agama . Betapa kita dah lupakan tuhan . semua tu untuk kita belajar  .

Cek balik diri sendiri, macam mana cara kita hidup, apa yang kita kejar, apa matlamat kita, apa priority kita.

Kalau la cara hidup kita banyak debit dosa dari pahala, banyak ikut nafsu dari syariat, kejar dunia lebih dari akhirat maka boleh la pakat-pakat ubah sikit-sikit .

Allah tunjuk bukan saja saja . Allah bagi ujian bukan sia sia . Barang siapa dikehendaki kebaikan baginya maka dia ditimpakan ujian (riwayat bukhari) .

Allah tu maha penyayang, Dia tau kita manusia suka lupa, suka lalai, sebab tu dia ingatkan kita dengan ujian ujian supaya kita ingat balik kat Dia . Dia takkan hukum kita macam tu jaa . Dalam Al-quran pon banyak benda yang Allah sebut ulang ulang kali termasuk la pasal ujian ujian ni .

Tinggal kita ja . Ya, tinggal kita ja nak sedar dan patah balik kepada Dia
Atau nak buat donno tengok runningman gelak guling guling .

Tinggal kita ja nak belajar atau tidak .


P/s : tangan yang menulis lebih dekat dengan diri sendiri . Aku tujukan kat diri aku khasnya dan pada orang yang membaca umumnya . Semoga dapat sama sama  belajar . Wallahualam .