" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





The weapon}
Sunday, November 3, 2013 | 1:09 AM | 0Comment

Assalamualaikum .


Ada seorang kawan ni, dia tanya kat aku macam ni :

kawan : awin, doa orang yang banyak dosa sangat sangat ni Allah terima tak ?

Jawapan aku,

YA, Allah masih terima doa kita meskipon dosa kita tu lebih banyak dari butiran pasir di pantai . Rasionalnya, cuba ingat balik kisah semasa iblis dihalau dari syurga . Terang terangan iblis derhaka depan Allah kerana tidak mahu bersujud kepada Adam as atas sebab iblis mengaku dia lebih hebat dari Adam as kerana Adam diciptakan dari tanah manakala iblis diciptakan dari api . Tapi, sebaik sahaja iblis menolak untuk bersujud kepada Adam as, iblis membuat permintaan (doa) kepada Allah untuk panjangkan umur dia sampai hari kiamat . dan apa yang Allah buat ? yaa, Allah perkenankan doa iblis tu . nampak tak ?

Iblis yang terang terangan ingkar perintah Allah, dalam syurga pulak tu still ALLAH PERKENANKAN doanya . jadi, kenapa kita yang manusia ni selalu cakap "aku banyak dosa, Allah takkan dengar doa aku", "aku ni jahat, dah jauh dengan Allah, dah tak layak mintak dengan Allah ". sedangkan doa iblis pon Allah masih perkenankan, apatah lagi doa kita yang manusia ni ? adakah dosa kita lagi teruk dari dosa iblis yang derhaka depan depan Allah, depan malaikat semua ? tak kan ? jangan ragu dengan Allah dan ingatlah, tak ada seorang pon yang jauh dari Allah untuk meminta sesuatu dariNya . Doa tu kan senjata muslim :)

lagi satu, apabila terdetik kesedaran dalam hati kita bahawa kita ni banyak dosa, berdoa dan mintalah kepada Allah supaya Allah ampunkan dosa kita di samping kita bertaubat atas dosa-dosa lalu . 




******
extra :

Jika kita dilanda masalah, ribut taufan dalam jiwa, macam-macam yang mengganggu fikiran sampai tak tahu nak ungkap macam mana, berdoalah kepada Allah . Allah faham perasaan kita even kita hanya menangis depan Dia, even kita hanya menangis dalam sujud kita . Allah faham, berdoalah dengan bersungguh-sungguh kerana dari usaha kita berdoa tu Allah akan berikan kekuatan, ketabahan, kesabaran dalam hati kita untuk hadapi masalah kita tu . 

ataupun, boleh juga Allah hantarkan kekuatan tu melalui orang lain untuk diri kita . contohnya mungkin dari ibubapa kita, adik beradik kita, dari sahabat-sahabat kita . sebab tu walaupon Nabi Muhammad tu sendiri diangkat menjadi kekasih Allah, sangat dekat dengan Allah, baginda masih mempunyai sahabat-sahabat setia yang menemani perjuangan baginda . jadi, jika kita dah berdoa dan luahkan dekat Allah, tak salah jika kita turut meluahkan kepada orang-orang yang rapat dengan kita . jangan pendam sendiri kerana pintu syaitan itu adalah ketika kita terlalu sedih dan terlalu gembira .
wallahualam .