Hai Welcome Here
![]() " Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
with the great heart, the bad can turn beautiful }
Wednesday, April 3, 2013 | 3:00 AM | 0Comment
Assalamualaikum .
Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah mudahkan aku untuk memaafkan . oleh itu ya Allah, aku juga pinta kepadaMu supaya Engkau memudahkan aku untuk melupakan .
Saya rasa mungkin ada diantara
kita yang sedang berusaha untuk melupakan kisah zaman jahil kita dahulu ataupun
kisah pahit yang malas nak dikenang lagi kan ? (tak kira la yang membabitkan
diri sendiri atau orang lain) . susah tak nak lupa semua tu ? mestila susah kan
sebab kita ni bijak dan kuat ingatan orangnya . hehe . sebab tu susah nak lupa
. kalau senang tak payah tulis la perkataan ‘berusaha’ tu kan ?
sebenarnya, kita kena tengok
balik diri kita . kalau setakat cakap ja nak lupa, nak buang semua benda tu
tapi usaha tak ada, memang dapat habuk ja la jawabnya .
tapi sebelum buang semua tu jangan lupa untuk lihat
hikmah disebalik segala insiden pahit dulu tu . “setiap yang berlaku ada
hikmahnya” . ayat ni mungkin bunyi tipikal tapi masih ramai yang tak faham . sebab
tu kalau jadi apa-apa yang kita tak suka, kita merungut . *erk, terasa*. jangan
dok sumpah seranah ja kat apa yang jadi tu tanpa belajar dan ambil apa-apa yang
bernilai darinya . satgi tak pasal-pasal kita mungkin TERulang balik kesalahan
yang kita buat dulu tu . tak ka naya buat benda ‘bodoh’ 2 3 kali ?
contoh 1 : contoh 2 :
*ini contoh sahaja untuk
memudahkan pemahaman . tiada perkaitan antara yang hidup atau yang sudah
meninggal dunia*
menurut Dr. Fadzilah Kamsah, kita
perlu jaga solat fardhu, solat sunat taubat setiap malam, istighfar 100 kali
sehari, baca dan tadabbur Al-quran, berzikir dengan zikir harian, maafkan orang
tersebut (diri sendiri atau orang lain ), dan doakan dia selama 40 hari
berturut-turut . in shaa Allah kita dapat merawat hati kita .
jika kita masih rasa sedih atau
marah dengan perkara lalu itu, maka hati kita masih belum pulih . tempoh
rawatan perlu dilanjutkan sehingga menjadi amalan dan budaya . hehe . tapi,
apabila kita teringat kisah tersebut namun masih boleh senyum tanpa dipaksa dan
sedar akan hikmahnya, maka kita telah pulih . Alhamdulillah . tapi rawatan juga
masih diperlukan bagi memastikan keberkesananya kekal lama .
Paling paling paling penting, sebenarnya bukan melupakan, tetapi usaha dalam merawat hati agar tidak terkesan secara negative terhadap perkara tersebut . bila kita dah betullkan diri, kuatkan hati secara pakej luar dan dalam, in sha Allah perkara negative takkan akan berulang dan kita juga akan lebih dekat kepadaNya selaku Penjaga hati . bila dah dekat dengan yang empunya hati, in sha Allah selamat ~
wallahualam . kalau ada salah silap tolong betulkan :)
|