Hai Welcome Here
![]() " Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
#1 10 ciri-ciri orang yang menzalimi diri sendiri}
Saturday, March 16, 2013 | 8:35 AM | 1Comment
Assalamualaikum .
Alhamdulillah, hari Jumaat lepas
Allah telah beri kesempatan kepada saya untuk menghadiri pengajian di Maktab
Pengajian Islam Kedah (MPIK) seperti setiap hari Jumaat sebelum ini . MPIK ni
lebih dikenali sebagai Pondok Badaruddin oleh orang-orang kampong . Jadi di post ni saya nak share sedikit ilmu
yang telah saya peroleh pada hari tersebut . #sebenarnya saya baru tahu nama
official pondok ni . hehe .
Tajuk pengajian pada hari itu
ialah mengenai :
ZALIM .
Pernah dengar perkataan zalim ?
mestilah ya kan . jadi apakah yang diertikan dengan zalim ? zalim bermaksud meletakkan sesuatu yang bukan
pada tempatnya . sifat zalim ini adalah sifat yang berlawanan dengan sifat adil
. okay, saya bagi contoh tudung . tudung biasanya untuk dipakai dikepala .
jadi, jika kita memakaikan tudung di kaki, maka kita adalah orang yang zalim .
haa, nampak ? :) .
itu contoh yang kecil ja laa .
saya nak share kat sini adalah
mengenai 10 ciri orang yang zalim terhadap diri sendiri seperti
diberitahu oleh Sufyan As-Tsauri iaitu seorang ulama’ yang lantang membela
kebenaran Islam . tapi, di post ni saya hanya bagi 4 ciri dulu sebab ustaz tu
sempat ajar 4 ja . sambung selebihnya next week . ya laa, ampa pon kalau saya
tulis banyak-banyak bukan ampa nak baca sangat pon . panjang . lagipon ustaz tu
cakap, mengaji ni jangan banyak-banyak sekali gus . nanti cepat alim . haha .
bila dah alim tu, dah malas la nak mengaji . so, biar lambat, asal ingat . ye
dak ? okay, okay . kita teruskan yaa :)
10 CIRI-CIRI ORANG YANG ZALIM
1. Orang
yang berdoa hanya untuk dirinya sahaja tanpa mendoakan untuk orang lain .
Cek balik .
dalam doa kita, kita mendoakan untuk orang lain jugak tak ? ada tak nama
ibubapa, keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru dan seluruh muslimin muslimat dalam
doa kita ? tak luak pon air liur tu kalau doakan mereka sekali . orang-orang
yang kita sayang jugak tu . lagipon, kita hidup kat dunia ni saling bergantung,
saling memerlukan . jadi kenapa kita nak self-centered doa untuk diri sendiri
saja kan ?
“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)
2. Orang
yang tahu membaca Al-Quran tapi tidak menjadikannya sebagai rutin harian .
Paling-paling
tidak pon sehari satu ayat . busy tara mana sangat kan sampai tak sempat nak
baca even satu ayat Al-Quran sehari . ustaz tu cakap kat akhirat nanti, jika
kita mengutamakan Al-Quran, Al-Quranlah yang akan pimpin tangan kita untuk
masuk ke syurga . wahh, bahagianya :’) . digalakkan jugak untuk kita tadabbur
Al-Quran . tadabbur tu bermaksud baca, faham dan amal . in shaa Allah, kita
sentiasa di landasan yang benar .
3. Orang
yang memasuki masjid lalu keluar tanpa menunaikan solat dua rakaat .
Apa tu solat dua
rakaat ? subuh eh ? bukan . solat dua rakaat tu bermaksud solat sunat
tahiyyatul masjid . dikisahkan, pada zaman Rasulullah, ada seorang pemuda yang
memasuki masjid ketika baginda sedang berkhutbah lalu terus duduk . dari atas
mimbar, baginda Rasulullah dengan tegasnya menyuruh pemuda tadi bangun semula
dan mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid . dari kisah ni kita boleh nampak
betapa pentingnya solat sunat tahiyyatul masjid ni . so, lepas ni kalau masuk masjid,
jangan duduk terus . solat dua rakaat dulu yaa ? :)
4. Orang
yang melalui kawasan kubur tetapi tidak mendoakan kepada mereka yang didalamnya
.
Orang yang di
dalam kubur tu sangat dahagakan doa daripada kita yang hidup ni . doa kita
umpama hadiah buat mereka . in shaa Allah, jika kita meninggal kelak, ada juga
orang yang akan mendoakan kita .
Rasulullah S.A.W bersabda:
Ce fikir apa
perasaan kita kalau kita pegi atau melalui kawasan kubur malam-malam tambah
pulak sorang-sorang ? mesti takut kan ? pastu bayangkan pulak macam mana kalau
kita ditakdirkan meninggal malam tu ? diuruskan dan dikebumi pada malam tu .
tinggallah kita dalam liang lahad tu sorang-sorang . Allahu, takutkan ? semak,
apa yang kita dah ada untuk kita bawak ke sana nanti ? dah cukupkah keperluan
kita untuk ke sana ? tak cukup tambah, dah cukup banyakkan . Allah bagi kita
peluang hidup bukan untuk disia-siakan . mati tu anytime .
jadi setakat ni
dulu perkongsian saya . in shaa Allah nanti saya akan update yang selebihnya .
semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua . wallahualam, assalamualaikum :)
|