Hai Welcome Here
![]() " Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
cover your aurah perfectly ^^}
Thursday, February 14, 2013 | 8:24 AM | 0Comment
Assalamualaikum .
Hai hai ! kamu-kamu ni dah solat ke
belum ? Alhamdulillah bagi yang dah solat . yang belum solat tuu, sila-sila lah
solat yaa . jangan bagi Allah tunggu, tak baik . kalau doa, nak ja Allah
makbulkan cepat-cepat tapi solat buat lambat-lambat . tak best ah cemtu .
lagipon, Ustaz Don pernah kata siapa yang mempercepatkan solat, insyaAllah,
Allah akan mempercepatkan jodoh dia ~ haa, tak mau ka jodoh cepat ? status kat
FB dan tweet kat twitter bab kawen ja doplohpat jam . haha :P .
Sebenarnya, kita sebagai orang Islam ni patut bersyukur
diwajibkan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam ni . sebab apa ? banyak sangat
sangat sebabnya kalau nak sembang kat sini . tapi kali ni saya nak kongsi salah
satu sebabnya . iaitu mengenai AURAT . yaa, aurat .
seperti yang kita boleh tengok,
zaman sekarang ni ramai sangat laa yang semakin miskin . malah berbangga pulak dengan kemiskinan tuu . baju kurang kain . yang terlebih kain pulak
meleret-leret kat tanah, badan bahagian atas tak tutup pon, terbelah lagi tu .
haishhh ~ . fesyen ? yaa, fashion disaster !! kesian L . dah laa, tak payah bagi
contoh banyak-banyak, just keluar rumah then cuba p lepak kat mall 10 minit . 10
minit sudah, lama-lama nanti kang jadi dosa kering jaa . pastu dalam 10 minit
tuu, cuba kira berapa kerat ja yang SEMPURNA menutup auratnya terutamanya
perempuan .
so, apa kaitannya aurat dengan solat ni ?
macam yang kita pernah belajar
masa kat KAFA dulu, mualim kata sebelum solat kena tutup aurat dulu kan ? kalau
tak tutup aurat dengan sempurna solat tidak sah . okay, cuba kita teliti lagi .
tidakkah, perintah Allah untuk kita tutup aurat dengan sempurna dulu baru boleh
solat, secara tak langsung melatih kita menutup aurat dengan sempurna ? Allah
tak mahu hambaNya berada dalam keadaan aurat yang tak sempurna tambah-tambah
lagi bila nak menghadapNya . kan ? so apakah sebab kita untuk tidak tutup aurat
dengan sempurna dalam aktiviti seharian kita ? ingat Allah tak nampak ? kita
nak Allah berkati semua pekerjaan kita, tapi kita sendiri yang halang benda tuu
. so, macam mana tuu ? fikir .
lagi satu, kita berpakaian nak
please Allah, nak taat perintahNya . bukan nak please mata-mata miang yang nak
tengok . tak berbaloi langsung ! tapi kan, perempuan yang tunjuk sana tunjuk
sini ni, bila lelaki tengok asset-asset dia atau yang lagi ekstrem siap komen
lagi, dia marah pulak kan ? dah tau tak bagi orang tengok kenapa tunjuk adik
manisss ? tutup laa . tak susah . perempuan ni Allah jadikan cantik sangat .
berganda-ganda cantik dari lelaki . sebab tu Dia suruh tutup lebih . Dia nak
jaga . bukan nak menyusahkan . Dia yang cipta, Dia tahu laa apa yang terbaik
untuk kita . kan ?
setakat ni dulu . salah silap sila
la tegur saya yang kecetekan ilmu ni . sangat sangat memerlukan . waalahualam .
assalamualaikum .
p/s : kalau kita pakai tudung yang kurang labuh pon kalau tak diangkat-angkat boleh melepasi dada jugak . at least boleh tutup yang mana patut . still cantik . contohnya macam tudung bawal biasa tuu . ce try . boleh ? |