" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





semoga Allah redha}
Wednesday, December 12, 2012 | 9:10 PM | 0Comment

Assalamualaikum .



Hari ini bangun pagi seperti biasa, selepas selesai solat Subuh, tadah kedua-dua belah tangan, mengadu dan meminta kepada Allah . Hanya Allah lah sebaik-baik tempat mengadu dan meminta kerana Allah maha mengetahui dan maha pemberi rezeki . Banyak yang diluahkan dan banyak juga yang diminta . Terasa betapa kecilnya diri ini . Selalu meminta-minta tetapi kadang kala sombong untuk bersyukur kepada-Nya, tidak malu meninggalkan suruhan-Nya, tidak pernah serik untuk melakukan dosa dan larangan-Nya . Ya Allah, betapa hinanya diri ini . Terlalu kotor dengan dosa . Ampunkan hamba-Mu ini ya Allah dan jauhkanlah diriku dari azab api neraka-Mu . Sesungguhnya Engkaulah maha pengampun dosa-dosa .

Hari demi hari, kita tak pernah jemu kutip dosa . Tak pernah bagi chan kat malaikat Atid untuk rehat . ada ja keburukan yang kita buat . tapi, nak bertaubat jarang-jarang sekali . kadang-kadang terlupa . tak rasa lagi diri ini berdosa . masih belum puas dengan dosa yang sedia ada . ya Allah, semoga dijauhkan diriku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku daripada sikap seperti ini . aminn .. 

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Bertaubat . satu rutin yang perlu menjadi satu kemestian kepada setiap hamba Allah . kerana kita sebagai manusia tidak pernah lari dari berbuat dosa . terlalu leka menurut bisikan syaitan . hanya dengan bertaubat dapat meluruskan kembali hati yang mudah terpesong .

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” 

Bila ditoleh ke masa lalu, terasa lemah semangat untuk berubah . sangat sangat banyak dosa dan noda yang telah dilakukan . selalu timbul persoalan adakah Allah akan terima taubat ku ? taubat seorang hamba yang sangat berdosa . namun, sesungguhnya Allah itu maha penyayang dan maha pengampun . pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas bagi hambaNya yang ingin bertaubat tak kira siapa pun dia dan dosa apa yang telah dia lakukan . Ikhlas dan bersungguh-sungguhlah dalam bertaubat . keikhlasan dalam bertaubat hanya mampu lahir dari jiwa yang mengaku akan keesaan Rabb nya dan tunduk kepada kekuasaan-Nya . Jangan pernah berputus asa dalam bertaubat jika kita masih tergelincir untuk mengulangi dosa lama . kerana sikap berputus asa itu ditiupkan daripada syaitan . Yakinlah pada rahmat Allah .

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Az Zumar  39 : 53)

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada yang maha Esa kerana menyentuh hati ini dengan sedikit cahaya hidayah serta rahmatNya untuk perbaiki diri mendekati agamaNya walaupun sudah lama bergelar seorang Islam . Terbukti kasih sayang Allah tidak terhingga kerana Dia tidak pernah membiarkan hambaNya hanyut dalam dosa dan menanggung azabNya yang pedih . semoga sifat istiqamah dapat ditanam dalam diri sebagai benteng iman dan hati . Mulakan setiap helaian hidup yang baru yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya . 

- mencari redha Allah -