Hai Welcome Here
![]() " Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
NASIHAT }
Thursday, November 29, 2012 | 9:59 AM | 0Comment
Assalamualaikum wbt .
Nasihat . Asal sebut ja bab nasihat mesti kita akan
terbayang wajah tok or nenek or opah kita kan ? mostly orang tua lah kan .
kenapa eh ? mungkin sebab mereka ni adalah golongan yang memiliki gaya
menasihati yang sangat ekstrem setaraf dengan gaya membebel kot . yaka ? haha .
tapikan, sebenarnya saling menasihati dan mengingati ni adalah sangat dituntut
oleh Allah dan Rasulullah kepada semua lapisan masyarakat tak kira la dari adik
sekolah rendah sampai ke atok yang dah guna polident . semua kena saling
mengingati . biasalah nama pon manusia kan . pelupa . so, dengan adanya
golongan-golongan yang saling menasihati dan mengingati ni, insyaAllah kita tak
lupa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ni .
Sampaikanlah dariku walau satu ayat . ( Muhammad Rasulullah )
Masalahnya,
Ramai orang yang cakap macam ni “alaa, orang macam aku ni
tak layak nak bagi-bagi nasihat ni . aku ni bukannya ustaz pon .” “ aku sendiri
pon tak perfect, nak nasihat orang pulak .” tanggungjawab untuk saling menasihati ni
bukannya tugas pak ustaz ja tau . semua muslim dan muslimah terlibat . nak
tunggu perfect, sampai kiamat pon tak wujud orang yang boleh bagi nasihat sebab
nak cari manusia perfect ni sama ja macam tunggu kura-kura tumbuh sayap . tak
gitu ? lagipon, kalau kita rasa kita pon banyak khilaf lagi tak salah kita nak
nasihat orang . sambil nasihat orang tu nasihat la diri sendiri sekali . orang
tua-tua cakap, sambil menyelam minum air . *heh, terer lagi BM awin rupanya .
haha :P
Lagi satu masalah,
Golongan yang susah nak terima nasihat . ok, golongan macam ni
payah sikit . tambah-tambah yang memang berilmu sikit tu . ingat ilmu tu dah
tinggi sangat ka sampai dah tak mau terima nasihat orang ? setinggi mana pon
ilmu kita, kalau orang bagi nasihat tu terima ja la . kalau kita memang sedia
maklum akan hal tersebut jadikan la satu peringatan, kalau belum tahu, Alhamdulillah
la, kita dah dapat ilmu baru . kan ? bagi yang tak berapa nak berilmu tapi tak
mau terima nasihat pon susah jugak . asyik nak rasa diri tu betul jaa . tak
boleh la macam tu . sebab apa ? sebab ingat saja-saja ka orang tiba-tiba nak
bagi nasihat kat kita . Allah yang detikkan kat hati dia untuk datang bagi
nasihat kat kita . kiranya nasihat tu datang dari Allah . Allah sayang kita,
Allah tak mau kita buat benda yang membawa kepada dosa, mendekatkan kepada
neraka . see ? sayangnya Allah kat kita . so, lepas ni cubalah terima nasihat
yang diberikan kepada kita . memang kadang-kadang nasihat tu agak pedih tapi
biar pedih sekarang dari tanggung pedih azab api neraka nanti . betul tak ?
Wallahualam .
Ok, dah setakat ni ja . satgi kot tulis panjang-panjang kata
membebel pulak . ye dak ? haha . adios amigos . Assalamulaikum J
|