" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





SURELY GONNA MISS THIS : Ramadan 1433 H}
Thursday, August 16, 2012 | 10:35 PM | 0Comment



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh ya sodiqoti allazi uhibbukum . 
*haaa, panjang gila awin bagi salam . tu tandanya rindu . hehe

Sebulan tak balik rumah . serious rindu . huhu . *tu laa, sapa suruh gatai sangat p extend cuti . terima ja la akibatnyaa . tapi, tak kesah laa, yang penting hukuman tu dah berakhir and now i'm home !!! banyak kejutan yang saya terima . sampai depan rumah ja nampak kereta baru, masuk dalam rumah nampak set sofa baru, jalan ke ruang tamu lagi satu nampak akuarium baru, jalan lagi nampak adik baru . ehhhh, dak dakkk dakk !!! adik baru tu buhung . melawak jaa . cukup la dengan 5 beradik . ada 5 orang ni pon tak larat nak smackdown dah . haha . *tah hapa hapa .

Sepanjang sebulan berbulan Ramadan di bumi KUPSIS tersayang, macam macam benda yang berlaku . semuanya adalah benda yang besaq bagi awin . memang kena tough laa, nak hadapi semua tu . and Alhamdulillah, syukur sangat sangat kepada Allah, tuhan yang Maha Agung, lagi Maha Best kerana masih lagi memberi peluang kepada awin untuk belajar erti sebuah kehidupan dan perjalanan membina kehidupan berlandaskan jalan-Nya di madrasah Ramadan tahun ni . yaa, silibus dimadrasah Ramadan tahun ni agak mencabar . awin belajar tentang erti persahabatan, keikhlasan, kesabaran, kemaafan, ketaqwaan, kehambaan dan yang paling menyentuh tangkai jiwa ialah pelajaran yang mengajar diri ini tentang ketidaksempurnaan-diri-sebagai-seorang-hamba-Allah-yang-kerdil-dan-hina . ya Allah, sungguh diri ini sangat bersyukur ke hadrat-MU . 



so here they are :


7-months-biggest-secret-finally-revealed !!
Pertaining this matter i don't intend to share it here . enough said that i have forgive for what had happened . Thanks to Allah for given me an extraordinary strength to face it calmly . Alhamdulillah . dan kepada sahabat-sahabat awin, awin harap kamu semua juga dapat terima apa yang dah berlaku ni sebagai satu pengajaran . ini juga mungkin salah satu tanda kerinduan Allah untuk dengar kita merintih dan meminta pertolongan daripadaNya saat kita ditimpa ujian dan kesulitan . mungkin selama ni kita jauh dari Dia . so, dengan cara ni la Dia dekatkan kita balik . Baik kan Allah ? haa, lagi satu untuk sahabat-sahabat saya, remember that, i am always here for you . 


"Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."( Surah Al-Mukminun )




TRIAL FULLY RESIDENTIAL SCHOOL 2012

yeahh ! trial is over people !! and i'm glad that i'm still ALIVE . hahaha . 3 weeks in examination mood , only God knows how was it feel . starting with BM, BI, SEJARAH for the first week, proceed with MATHS, PEND. ISLAM, ADD MATHS and end with the 'easiest' trio subjects PHYSICS, CHEMISTRY, BIOLOGY .... dah, malas nak cita pasal paper-paper exam . awin nak cita pasal apa yang jadi final week exam . malang buat student KUPSIS apabila + - 4 hari hidup tanpa air . dah la bulan puasa . memang kalau nak minum fully bergantung kat dining hall dan cocktail cikgu aida . hahaha . dan bab nak mandi pagi tu memang paling terbaik laa . pukul 4 pagi dah kena hangkut toiletries g mandi kat skolah . pastu, iman kami diuji lagi apabila elektrik pulak terputus .. tak da air + tak da elektrik . pakej lengkap !!  terawih dalam gelap dan sunyi . pastu pulak study bawah lampu lilin . sebatang share 4 orang . jeles tengok form lain . siap boeh main ligan ligan lagi kat dataran asrama . punya la bahagia . yang form 5 ni jenoh jege mata nak study chemistry dibawah pencahayaan yang tak cukup . huh, memang dugaan laa . tapi tak pa , kami ni tough *ehemm . macam cikgu kata laa, melahirkan pemimpin berjiwa rakyat . so kena biasa hidup susah . heee ~~



Jadual puasa di asrama 2012 :

4.00 pagi
Bangun pagi, mandi, sahur ( miss superb future wife prepare toasted bread untuk satu dorm . hehe . sebab tu selama dua tahun dok hostel baru 3 kali ja awin turun sahur kat DM ) dan study sementara tunggu subuh . 
 
6.30 pagi
p sekolah . study .
 
7.50 pagi
masuk dewan . EXAM . rehat . solat . EXAM lagi .
 
4.30 petang
selesai exam . balik dorm . mandi . solat . rehat . study . 
 
6.30 petang
siap-siap . keluar dorm . p mini bazar ( ada kebab, cocktail, minuman macam2, roti john, oblong, laicikang, donut, mee, koeyteow . ) memang tak pernah tak cukup makan laa . pastu buat apa yang patut sementara tunggu waktu berbuka . selalunya p lepak kat taman permainan belakang DM sambil menikmati angin petang yang santaii takpun kalau qajen sikit selak selak buku . hehe . 
 
7.30 petang
berdoa . berbuka . selalu jadi komuniti yang last keluar DM sebab saya ni jenih yang makan lambat . apa orang kata ? sopan santun ?? haa, yang tu laaa . haha . *jangan menafikan . :P solat maghrib . tadarus . dengaq tazkirah ( kadang-kadang tertidoqq . hee~~ ) solat isyak . solat terawih 100 km/h . hehe .
 
9.45 malam
p prep . sambung makan . cari buku . sembang sikit . pastu balik prep ( xdan nak study sangat pon ) .
 
10.45 malam
p moreh . masuk dorm . sambung makan lagi . spend time ngan dormmates . bacaan Al-Mulk .
 
11.30 malam
stay up study di study room secara pressureless dengan member-member . kalau mengantuk tidur, kalau tak mengantuk go on study . hari yang jahat sikit, kacau orang tidur . hehe .

and everything is repeated all over again . even though you might say that it seems boring but for me, it's awesome because i'm with my besties . they're brighten up my day . thanks friends !! saya mengaku, bulan puasa ni saya kuat makan . sampai ada seorang kawan yang tetiba jadi prihatin cakap macam ni " awin, jangan makan banyak sangat, simpan perut untuk melantak time raya " oh kawan, saya hargai pesanan anda . haha . tapi nak buat macam mana dah qasa nak makan . but the good news is berat tak naik ponnnn . hehe ~~

p/s : saja tulis rutin harian ni sebab ni tahun last dah puasa kat sekolah and as a student sekolah . tahun depan tak da dah . *sebakk . 


Ramadan tahun ni is the BEST RAMADAN ever  !!


SYAWAL PREPARATION 

Persiapan raya tahun ni biasa-biasa jaa . baju kurung 8 pasang, kasut 3 pasang, handbeg 3 + gelang emas 2 utas . ok, jangan percaya . saya tipu jaa . hahaha . saya bukannya artis nak beraya sampai tara tuhh . najwa latif boleh laa . hee ~~ tahun ni macam tahun lepas jugak . first day raya kat rumah sendiri and rumah tok sebelah mama . then petang raya first tu jugak laa satu family bertolak ke kelantan untuk beraya dengan family sebelah abah pulak . "macam ni la jadinya kalau kawen dengan orang jauh" bak kata mama . haha . " ni nak bagi hint suruh kawen dengan orang dekat ka apa " bisik hati kecilku . haha . 



ok dah . lastly, semoga Ramadan kali ni membuatkan setiap seorang daripada kita melangkah setapak mendekati Allah dan menjadi seorang yang sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang terbaik  . aminnn . harapnya kita dipertemukan lagi dengan Ramadan tahun hadapan jika umur panjang . insyaAllah .


Assalamualaikum