" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





Ramadan 1433 H}
Friday, July 20, 2012 | 2:08 AM | 0Comment

Bismillahirahmanirrahim .
Assalamualaikum .


YEAY ! esok puasa !! Ramadan datang lagi . Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk meraikan Ramadan tahun ini .

Ya Allah, setinggi-tinggi kesyukuran padaMu hamba panjatkan kerana masih diberi pinjaman nafas dan masih bernyawa untuk meneruskan kehidupan walau mehnah ujian sering menduga . hamba juga bersyukur kerana dipertemukan dengan Ramadan kali ini . Terima kasih Ya Allah .

Setiap tahun Ramadan datang menjenguk . tapi tak semua antara kita yang dapat hayati erti sebenar Ramadan walaupun dah bertahun-tahun Allah beri peluang kita berjumpa dengan Ramadan . so, apa kata tahun ni kita sama-sama hayati erti sebenar Ramadan dengan berlumba-lumba beribadat dan cuba meninggalkan perbuatan dosa yang selalu kita buat sebelum ni . mana la tahu kot-kot ni tahun last kita dapat merasai keberkatan Ramadan . kan rugi kalau kita tak rebut peluang ni dengan bersungguh-sungguh . betul tak ? :)

Di sini jugak awin nak mintak maaf kepada sesiapa yang pernah terguris hati dengan perbuatan atau percakapan awin . sangat sangat mintak maaf . awin sedar selama ni awin banyak melukakan hati kawan-kawan dan sahabat-sahabat awin tanpa awin sedar . maaf jugak sebab awin banyak menyusahkan ampa dengan problem yang remeh tapi awin ja yang tak reti nak handle sendiri . maaf kerana proses pembelajaran awin untuk mengenali kehidupan ni banyak membebankan orang lain .



kadang-kadang qasa nak invisible ja dari semua orang . nak p duduk jauh-jauh, muhasabah diri, mematangkan diri, perbaiki diri untuk jadi lebih baik . pastu bila dah qasa okay barulah bergaul balik dengan semua orang . sebab apa awin nak buat macam tu ? sebab, awin tak mau proses awin untuk transform tu menganggu orang lain sebab awin dah banyak dah menganggu orang lain . tapi, realitinya awin memang tak boleh pon nak invisible . imaginasi ja semua tu . dan awin memang dah "berjaya" menyusahkan orang lain . MAAF sangat-sangat . awin pon dah maafkan ampa semua dengan ikhlas :) 



haa, lagi satu . untuk makluman semua, trial SPM untuk fully residential school bakal berlangsung pada satu ogos duaribuduabelas . apabila ditambah tolak, darab bahagi and square rootkan dah tinggai lagi 11 hari jaa . yaa, sebelas hari ja lagi . average satu subjek plus mines sehari ja untuk distudy . huhu . eh, mana cuak pon . gulp . *telan salivary amylase . haha . oleh hal yang demikian, halalkan la segala ilmu yg awin pernah belajaq dengan ampa semua . semoga dapat keberkatan dari ilmu tu . dan kalau awin ada terhutang harta benda mahupun wang ringgit sila lah TUNTUT ! 

in short, jum la kita sama-sama kumpul sebanyak mana pahala yang Allah sediakan untuk kita dalam bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat ni . kuatkan diri untuk lawan nafsu, syaitan dah kena ikat so nafsu ja la lawan kita dalam bulan ni . rajin-rajin la p solat terawih sebab hanya ada dalam bulan Ramadan jaa . yang paling penting, istiqamah la dalam beribadat . jangan dok pulun time bulan posa ja . bila posa dah habeh, buat balik perangai lama . xmau la macam tu . kat bulan lain pon kita still kena rajin kumpul pahala and cuba tinggalkan dosa . *pesanan untuk diri sendiri dan kamu semua jugak . :)




SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK :D

p/s : last puasa kat sekolah . :|