" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





Stay Strong and Be Patience}
Friday, November 4, 2011 | 5:17 PM | 1Comment

Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menghadapi ujian-Mu .

Assalamualaikum,

sebulan belakangan ni emosi awin sangatlah tidak stabil . tak tau kenapa . buat tu salah buat ni salah . dah tu nurzawin najah yang dulunya tak berapa sensitif sekarang jadi sensitif pulak . ada ja benda yang tak kena sikit, air mata ni rasa laju ja nak keluar . dalam hati ni macam ribut taufan . awin cuba kawal perasaan tu tapi tak boleh . awin tak kuat . selalu ja awin kalah . dah la dengan exam lagi . pressure datang bertimpa-timpa . seriously, awin tak kuat . tiap-tiap malam awin nanges . cara tu ja yang boleh tenangkan awin . kawan-kawan pon perasan awin sekarang dah jadi pendiam . awin tengah lawan dengan perasaan sendiri .


ok, mungkin ni salah satu benteng yang awin kena tempuhi untuk berubah, untuk jadi orang yang lebih lasak untuk menggalas setiap bebanan kehidupan . awin cuba sedaya upaya untuk meruntuhkan benteng ni walaupun kadang-kadang awin rasa nak macam give up ja . awin rasa down gila . tatau nak explain macam mana . tak dak sapa yang dapat rasa perasaan awin . kalo explain pon mesti tak ada sapa pon yang boleh paham . awin tatau nak buat macam mana . serabut sangat-sangat ! tension, stress . *airmata turun lagi*

awin anggap semua ni ujian daripada Allah sebab Allah sayangkan awin . ujian dan dugaan tu kan tanda Allah sayang . so, awin terima dugaan dan ujian ni dengan redha . telitilah ayat-ayat kat bawah ni . semoga kita semua tabah dan sabar dalam menghadapi ujian daripada yang Maha Esa .


  • Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

  • Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

  • Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

  • Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

  • Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]


sabarlah sesungguhnya sabar itu merupakan sebahagian daripada iman dan merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa .kita selalu mengeluh kenapa Allah bagi kita hujan . tapi, kita tak tahu yang Allah nak bagi kita pelangi yang jauh lebih cantik . kesimpulannya, setiap orang yang bersabar atas dugaan dan ujian Allah pasti akan ada ganjaran yang lebih baik menanti dan setiap yang berlaku ada hikmahnya . semoga gelombang dalam hati ini cepat tenang seperti sediakala . aminnnnn ~