Hai Welcome Here
" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . " We can chatting here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Hati bukan milik kita, ia milik Allah . Oleh itu janganlah kecewa .}
Friday, November 11, 2011 | 8:27 AM | 0Comment
Wahai sahabatku,
Cinta
itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat
menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak
mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah
itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang
sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah.
Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta
Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang
sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat
kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa
dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak
sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah
cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan
pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima
segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati
kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati
tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya
jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai.
Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak
bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita
keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah
sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan
cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya
kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh
Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah,
kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan
kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan
yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita
kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
Wahai sahabatku,
Allah
menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan
janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah
setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang
beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada
engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada
apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi
ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan
kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu?
Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah
engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa
yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada
menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh
cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih
baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali
kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai
cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta.
Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta?
Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu,
apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau
mungkin lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku
tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala
kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak
meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku
ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian.
Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada
pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di
dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau
mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga
sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu
agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam
memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala
kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di
dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di
syurga yang kekal selama-lamanya.
|