" N a j a H "

flaw

Hai Welcome Here


" Andai kau melihat dia itu baik, doakanlah agar dia terus atas jalan kebaikan . Kerana hakikatnya hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak lompong iman yang terhijab dari pandangan . Dan akan ada ketika akan kau lihat, celanya tampak dan lakunya pincang . Baik itu satu perjalanan, mulanya pada kehidupan dan akhirnya nanti pada kematian . Benar baik atau tidak? Sungguh itu rahsia tuhan . "

We can chatting here





Pesanan untuk hati sempena 1 ramadan , 2011 M}
Monday, August 1, 2011 | 12:04 AM | 0Comment


ASSALAMUALAIKUM SEMUA !
 Pejam celik, pejam celik tengok-tengok dah masuk bulan Ramadan . hmm . qasa cem baru masok bulan syaaban jaa . awin ingat lagi awin ada kata macam ni masa kat asrama "hmm . lagi sekali aku tengok bulan mcam ni, masa tu mesti baru balik tarawih" #awin mmg suka tengok bulan kalo balik asrama :) . tengok-tengok masa tu dah tiba . cepatnyaaa ~~ . SELAMAT DATANG RAMADAN !! bersyukur sangat-sangat dapat jumpa ramadan buat kali yg ke 16 ni . terima kasih ya Allah . penah dengaq dak hadis ni :

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
- RASULULLAH SAW .

 see ! besarkan peranan hati ni ? so untuk buat apa-apa sekali pun mesti datang dari hati . baru something yang kita buat tu mendatangkan pahala . ye tak ? hehe . so, kat bawah ni ada sedikit pesanan untuk hati sempena bulan ramadan ni . 




Dear Hati,
Hati, awak tau kan yang sekarang ni kita dah masok bulan yang sangat mulai iaitu bulan Ramadan ? so, memandangkan awak ni telah dilantik sebagai kapten untuk anggota badan yang lain, saya ada beberapa mandat untuk diberikan kepada awak . 

Saya mintak tolong sangat-sangat kat awak, awak buang la segala perasaan tak puas hati, dendam atau benci yang ada kat awak sekarang ni terhadap org disekeliling awak . kalo ada sapa-sapa yang dah sakitkan awak, awak maafkan je la dengan ikhlas . bulan puasa pon dah kena bermaafan dah tau bukan tunggu raya ja . bermaafan-maafan tu kan sangat dituntut . sedangkan Allah itu Maha Pengampun terhadap hambaNya apatah lagi kita yang sesama hamba ni . dengan saling bermaafan ni jugak segala amalan kita akan diberkati taw . 

lagi satu, ikhlas kan segala amalan-amalan baik yg awak lakukan . buat kerana Allah . jangan sesekali riak ! yaa, saya tau bukan senang nak ikhlas .tapi cubalah seboleh mungkin . ikhlas tu sangat-sangat penting . kalo kita buat benda baik ikhlas kerana Allah nnti Allah sayang kat kita . sapa tak suka Allah sayang kan ?? 

emm, yang paling pnting sekali, awak kena kuat tahan nafsu . tak kira la nafsu apa sekali pon . nafsu ni kan ada bnyak . nafsu makan, mafsu mengumpat, nafsu buat jahat, nafsu gedik dan macam macam lagi laa . bulan2 puasa ni la nafsu cuba untuk mempengaruhi kita . syaitan dah kena ikat tapi nafsu tetap ada . so, awak jaga diri ek . cuba lawan segala nafsu tu . cara yg paling senang zikir dan selawat banyak-banyak dan ingat kat Allah selalu .

ok, tu ja pesan saya kat awak . cubalah untuk jadi hati yang dekat dengan Allah . ;) .